topbella

Tuesday, July 28, 2009

Dania pic


Dania 3 mths


Pic Dania peg jalan2 kat Jusco Aeon...naper kerut dahi tgk camera sayang...




Dania 2 mths





nie pic Dania masa dia umur 2 bln...bulatnya mata anak mama nie... :-)




Dania 4o days...


Dania masa nie br lepas majlis akikah n cukur jambul..emmm dah botak anak mama...dah mcm muka babah lah sayang...heheheh




Dania Demam...

sian Dania Demam!!!


Hari jumaat lepas balik jerr keje,wan Dania cakap Dania macam demam jerr..mcm tak senang duduk..tido pun kejap2 jg...pas tu merengek..actually Dania mmg dr ari selasa lg mcm nak demam tp cepat2 bg ubat demam..then ok...sbb boleh gelak2....tp ari jumaat start demam balik...panas jg badan dia..mula2 tu selesema asyik bersin jerr tak henti,selesema plak mcm jenis yg sakit kepala tengok gaya..menjelang malam badan mcm panas...check lerr dgn jangka suhu...tgk2 panas jg nie above 37.5 darjah celsius...mula ingat nak bw klinik..tapi lepas makan ubat dah kurang sikit, lg pun esok nak peg hospital dania mmg ader appointmentdgn doktor Sheila Lopez,akhirnya tampalkan Dania dgn Cool Fever...emmm kurang skit panasnya....tp monitor jg takut kahak byk sgt nanti tersedak...tapi tak batuk...sian Dania anak mama..merengek jerr malam tu....

Thursday, July 23, 2009

Suria Station

Minum petang kat Suria Station

Sehari selepas kitaorang beli kain baju untuk raya, kami pun g la tempah kat tailor kat Ampang. Dania tahun ni dapat la 2 pasang baju raya yang sedondon dengan mama. Balik je dari Ampang, kami singgah la kat Suria Station untuk makan. Memandangkan tengah hari tadi kami tak makan lagi. Babah makan nasi goreng n mama pulak makan roti jer...
Dania pulak............

Minum petang Dania....susu instant

Tuesday, July 21, 2009

Kelebihan Surah (Part 1)

1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca
(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya
(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya.Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

Shopping Raya (Part 1)

Antara keperluan raya kami tiga beranak


Last Saturday, mama ngan babah kuar shopping (shopping raya in advance). Kitaorang kuar dari rumah kul 8.30 am dan sampai lebih kurang kul 9 pagi. Memandangkan kedai kat Jln TAR belum bukak sepenuhnya lagi, so kitaorang ingat nak g jalan jalan kat pasar chowkit dulu. Bukan apa…dah lama tak jalan kat situ. Tak de la nak beli apa2 sangat Cuma beli keropok, sayur kampung, ulam, buah pulasan, mangga muda dan…..(banyak la pulak).

Lepas shopping kat pasar chow kit, perut kiaorang pulak lapar. Memandangkan kg baru terletak lebih kurang 500 meter jer dari pasar chowkit so kitaorang pun terus ke sana untuk bersarapan. Lebih kurang kul 10 pagi, kitaorang terus ke Sogo utk parking. Nasib baik tak banyak kete lagi. Destinasi pertama adalah Gulati’s. Time kitaorang pegi tengah ada promotion happy hour. Boleh la dapat diskaun sikit. So kiaorang beli la kain untuk mama, babah ngan tak lupa dania. Warna tema raya kitaorang utk tahun ni adalah maroon ngan peach.


Hanya ini yang sempat kami rakam

Destinasi ke 2 adalah arkid sepanjang Jln TAR. Kat sana mama beli tudung, kain songket babah ngan aksesori wanita sikit. Dalam kul 12 pm pulak… destinasi ke tiga adalah Sogo. Sogo time ni tengah buat sale. Memang murah la jugak barang2 kat sana. Sempat la jugak mama beli beg tangan ngan baju dania. Sebelum balik mama ngan babah singgah kat The Manhattan Fish Market untuk menjamu selera dan mengisi perut yang tengah lapar ni. Sebenarnya kami plan nak tangkap gambar menu yang kami order untuk dimasukkan dalam blog ni. Tapi bila makanan sampai terus lupa nak amik gambar. Lepas makan baru la menyesal tak amik gambar. Lepas makan kami terus balik.

Sunday, July 19, 2009

Jenaka Part 1

CERITA AYAM YANG MACHO

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...


Gunakan Bahu

Seorang nenek sedang memandu arah kepada cucunya beserta isteri cucunya yang hendak datang berkunjung ke apartmentnya melalui telefon....

"Kamu masuk melalui pintu depan kompleks apartment, dan lihat Blok Apartment bernombor 5B. Bila sampai kamu masuk melalui pintu utamanya dan gunakan lif.. Nanti didalam lif kamu gunakan bahu untuk menekan butang ketingkat 8... Keluar dari lif kamu belok kekiri, dan kamu akan lihat ada pintu bernombor 10.. sekali lagi kamu tekan interkom dipintu itu menggunakan bahu...Di situ seorang jaga akan menjawab dan membuka pintu kepada kamu.. melalui pintu itu kamu berjalan terus hingga nampak pintu yang tertulis nama "Nafisah"... lalu sekali lagi kamu gunakan bahumu untuk menekan loceng di pintu itu dan aku akan keluar membukanya..."

"Baiklah nenek..." jawab cucunya.. lalu menyambung..

"Tapi kenapa setiap butang.. saya mesti menekan dengan bahu saya?"

Nenek terus menjawab.. "Laaa engkau nie.. ! takkan lah dari jauh kamu datang nak mengunjungi nenekmu ini tanpa membawa apa-apa?"

Friday, July 17, 2009

Babah demam & Mama Selsema

Babah & Mama luv Dania so much



This week mcm2 terjadi...gari selesa mama sakit mata dgn selesema yg agak teruk jg...sampai mama MC...tak berani mama nak dkt dgn Dania takut jangkit...tapi Dania asyik tg mcmk jer mama dia..muka Dania mmg mcm nak suruh mama dukung dia..tapi Dania..Mama so sorry x dapat nak dukung Dania..semuanya diuruskan oleh wan Dania ( Wan means Nenek..org Pahang panggil Nenek -Wan kalau Atuk-Aki ). Then br jer nak bermanja dgn babah,dah babah pulak Demam..mama dah ok..nasib lerr boleh ler gilir2 tido dgn Dania...pun sama bila babah lalu jerr dania pandang...tp tak juga amik dia..sian Dania this week kurang bermanja dgn mama & babah...but Dania mama & babah alwaz luv u sayang...

Thursday, July 16, 2009

Say Cheese!!!

Dania & Babah



Say cheese!!!

Lagi seminggu Dania dah nak masuk 4 bln..happynya mama anak mama dah makin besar (lah mmglah beasr tak kan kecik kot )....Dania dah ader byk character..senyum,masam, nangis..and mcm2 lagi...tp yg paling byk sekali senyum..senyum kambing..senyum cute..senyum manja...senyum masam...emm mcm2 senyum...Dania bila org agah skit sengum...tp yg paling tak tahan bukannya kita yg agah dia..tp dia yg agah kita...siap ajak sembang lagi...bila nak tido..kira jari..hisap 2 jari...nak org peluk2 br nak tido...tapi yg paling best skali bila time mandi...cukup seronok bila time mandi atau org buka baju terangkat kaki...dania..dania...sayang betul mama dgn Dania...

Monday, July 13, 2009

Mama & Babah timeoff

Tupai-Tupai

Hari nie mama & babah puasa...mama ganti puasa sbb pregnant Dania dulu alah teruk...sebulan beb nak ganti..Dania punya pasal aper pun x perr..babah plak puasa sunat Bln Rejab...amik berkat sambil tu temankan mama puasa... ; )...mama bg suggestion kat babah buka puasa kat Gerai Ikan bakar Jln Bellamy...tp sikit kecewa kedai tutup...esok org yg bagi info memang kena pelangkong dgn mama...nasiblah tak teringin sgt...lastly survey punya survey pakai navigator handphone terjumpalah restoran Tupai-tupai nie...memandangkan waktu nak berbuka dgn dekat belasah jerr...agak suprise pasai tempat dia agak exclusive lah plak...tp " Redah jerr "...
So menu berbuka puasa hari nie " steamboat"...sedap dan berbaloi dgn harganya...dalam hati teringat Dania kat umah " sian Dania anak mama..mamam aperlah agaknya".

Rutin harian Dania

Bila sampai kat umah...Wan ckp Dania hari nie nangis pasal cari tercucuk dlm mulut....sian Dania..So rutin harian Dania...lepak dan minum susu..."emmm sedapnya anak mama hisap susu"mama nak skit...ok Dania Gud nite anak mama..sweet dream ok...mama & babah luv u very muchhh..muahhh!!!muahhhh!!!!

Sunday, July 12, 2009

Dania pegi kenduri...

Dania kat dewan kenduri

Hari ni pulak (Ahad), tok & tokwan Dania ajak kami pegi makan kenduri kat Ampang. Dipendekkan cerita masa kami semua makan, aku tengok Dania meleleh air liur (sian Dania). Tak sampai hati aku nak tengok Dania macam tu, then aku amik secubit buah tembikai bagi Dania rasa baru la aku nampak Dania sengeh sikit.

Hujung Minggu Dania

Dania, mama & bear

Hujung minggu lepas aku balik umah mertua hari Jumaat. Dapat la aku spend masa dalam 3 hari 2 malam kat umah in-law. Pada masa yang sama jugak Dania dijaga hampir 100% oleh aku kalau kat umah mertua sebab kalau kat umah mak aku, ramai yang akan tolong jaga Dania (mak aku, abah aku dan adik2 aku). Dapat la aku spend masa lebih dengan Dania.

Kebetulan hari Jumaat ada tetamu kat umah mertua aku. Tetamu tu adalah kakak bapak mertua aku. Dia ni sedang dalam treatment kat hospital kat sini. So selalu la berulang alik dari Penang. Sepanjang dia menjalani treatment kat KL, dia dah mengkuti perkembangan Dania sejak Dania dalam perut sampai Dania lahir. So taksahla kalau datang KL kalau tak jumpa Dania. Kebiasaan sebelum dia balik, mesti Dania dapat duit raya advance J. Kalau aku kira ada la 4 kali Dania dapat duit raya advance termasuk masa Dania dalam perut lagi (7 sebelum keluar).

Esoknya (Sabtu) lepas my hubby hant ar dia ke stesen bas Jln Duta, babah ngan mama bawak Dania jalan2, banyak tempat yang nak dituju. At last kitaorang pegi Aeon AU2 kat keramat je. Memandangkan stroller Dania kitaorang tak bawak sebab penuh but kereta, sampai2 jer kitaorang terus tuju information counter sebab nak sewa stroller baby (itu pun kalau ada….). Nasib kami agak baik sebab stroller tu masih ada sebab kami g sana agak awal jugak. Sebenarnya tujuan kami ke shopping mall nak beli baju keperluan Dania. Masa kami tolak Dania risau jugak sebab takut Dania tak suka duduk kat stroller pinjam. Tapi nampak gayanya Dania suka duduk kat stroller tu. Siap tido lagi.

Dania landing atas stroller mall

Lepas siap beli baju Dania, kitaorang pegi makan kat Wendy’s. On the way nak pulangkan stroller, Dania macam tak senang duduk. Rupa2 nya Dania ‘melepas’. So nasib baik tempat tukat lampin kat situ selesa. Dapat la aku tukar lampin Dania dengan selesa. Bila semua dah settle kitorang pun berangkat balik.
Baby room AEON AU2

Saturday, July 11, 2009

Dania Birthday (Part 3)

4 hari berlalu tapi tak jugak bersalin. Hari ni (23.3.09) sepatutnya aku g ofis keje tapi aku rasa penat sangat. Hubby aku ajak g jumpa Dr Siti utk mintak home hospitalization 2 minggu sementara nak tunggu due date aku. Masa jumpa Dr Siti, dia surprise sangat tgk aku tak bersalin lagi. Then masa dia check dia lagi surprise sebab bukaan aku dah 5 cm. Dia tanya nak surat referral ke t ak utk bersalin kat hospital kerajaan. Memandangkan aku malas nak tunggu – tunggu lagi aku buat keputusan utk bersalin kat hospital tawakal jer.

Aku balik dulu untuk amik semua keperluan baby pas tu aku terus buat registration and then terus ke labour room. Masuk je labour room Dr SIti datang dan suruh nurse induce aku memandangkan bukaan aku lambat bukak. Aku cuba bersalin normal dari kul 2 sampai 9 malam tapi baby masih tak kuar jugak. Then Dr bagi suggestion kat hubby aku suruh ceaserian sebab dr suspect baby mendongak. Then my hubby bagi permission. Lepas hubby kata ok jer, terus diorang bawak aku masuk OT. Kat OT yang aku ingat ada 6 orang medical officer termasuk Dr Siti.

9.25 pm Dania Sofia pun dilahirkan ke dunia ni. Diorang bawak Dania kuar dulu untuk dibersihkan. Aku kuar dalam kul 10.15 mlm. Menurut my hubby, dia tunggu kat nursery. Dia dah nampak dah ada sorang baby yg cute ni sedang dibersihkan. Dia pun tak amik port sangat sebab dia ingatkan yang baby tu ada sorang Chinese ni punya sebab hari tu ada 2 org je yang bersalin. Then dia tanya kat staf kat situ baby dia mana. Lastly staf kat situ bagi tau baby yg dia dok perati tu adalah baby dia. Dia punya la ingat baby tu Chinese tu punya sebab putih jugak. Lepas dibersihkan staf kat situ bagi baby kat my hubby untuk diazan dan di iqamatkan.
Sebaik saje aku kuar dari OT, menggigil jugak aku sebab terlalu sejuk. By kul 11.30 family aku ngan my hubby pun datang untuk melihat ahli baru keluarga kami.
Dania kat nursery

Dania @ The Curve

Penat betul this week...x de masa nak updated blog dania....emmm hari nie ok ler skit...byk jg benda nak kongsi....slow2 ok.. Last week sebelum balik kampung moyang..Dania sempat jg g jalan2 petang jumaat tu...lepas babah balik solat jumaat...time tu mama dgn babah dania cuti...so aper lg ambik peluanglah bw baby jln2....ari tu dania jalan2 g Curve...saje pusing2 mengikut perancangan nak g Tesco jerr nak beli barang Tok Dania ( my mother in law ) tp mcm x best plak...so aper yg terlintas g Curve..so pusing2 situ jerr lahh...tapi kitaorg tak peg bertiga...hehehhee..siap bw bibik..( mak sedara dania ) " jgn marah yerr nadia.panggil ko bibik "

Dah puas pusing2 perut pun lapar...my hubby ckp aper kata kita guna jerr balance kad yg ader.. " Marche lerr tu.. "emmm ok lerr..so kitaorg pun masuk dalam makan lerr aper yg patut...tapi sian kat dania mulut asyik kumat-kamit jerr...terliur tgk org makan...sian dia..." nanti yerr dania masuk 4 bln jerr mama bg mamam yerr "....tp sblm masuk makan pun sempat ler possing kat lembu 2 ekor kat depan " Marche " dia punya trademark utk that restaurant...food dia ok gak...byk choice lahhh...tapi more to western lahh...mana2 yg suka western haaa..kat sini salah satu tempatnya..price ok jerrr...bibik pun bukan main lg...untung jd bibik nie...makan2 pun best2....hehehehehe...kan Dania..Mak De untung ari nie ikut kita kan....
Dania menunggang lembu "MARCHE"
Lepas makan, bibik Mak De kata nak belanja donat Big Apple utk mak ngan abah kat umah. So kita orang pun terus g ke Big Apple Donut kat belakang. Sempat jugak la mama dengan Dania posing. Sambil pilih donat, mama tengok Dania pun macam meleleh je air liur. Terus suruh babah bawak Dania duduk jauh sikit (sian Dania….). Lepas beli donut kami pun terus balik umah.

Dania posing depan Big Apple Donut

Sunday, July 5, 2009

Dania balik kampung Moyang

"Wah penatnya Dania"..penat sgt ker anak mama nie...last saturday dania balik kampung moyang dia kat Benta Pahang ( kg. mama )...2 bln lepas dania dah balik tp masa baru 40 hari so dania x kenal org lg...now dania dah 3 mths +++ so dah kenal org...merata ceruk peg...( macam balik raya ). Dania pun melawat kawasan ( mcm YB plak ). gitu lah gayanya....memandangkan raya tahun nie dania balik penang ( kg babah ) so dikesempatan ini dania pun balik ler kg mama dulu..tak der yg special pun...saja nak tunjuk muka...kenal-kenal dgn sedara mara tu jerr...tapi sian jg dgn dania..kehulu kehilir..penat sgt tgk muka pun tahu...heheheheheh : )....dania x shopping aper pun mama dia yg lebih mcm2 beli....entah aper yg dbelinya....emmmm adalah...
Penat yerr dania...sian anak mama...membesar dlm keta jer lah nampaknya dania.....

Friday, July 3, 2009

Dania g Injection

"sian Dania kena inject"

Dania & Dr Sheila Lopez

last saturday ( last week ) me and my hubby bawa dania for 2nd injection...sampai jer kat hospital tawakal cari parking dkt tak jumpa at last parking kat tempat biasa....jauh jglah nak jln memandang dukung dania yg dah makin semangat nie : )...tapi demi dania redah jerr....pas tu perut lapar peg makan dulu...dah habis proceed to Clinik Baby Dania..sampai aisyehhh man ramailah pulak org...tak per daftar dulu...bila survey rupanya doc tak der g wad tgk patient..lama lah jg menunggunnya...sampai dania punya susu sebotol abis ( 4oz ). Risau jg nie dania merengek nak susu tak sangka plak ramai & lama mcm nie slalu ok jer...( sabtu kot ).


Sebelum masuk jumpa doc,timbang dania dulu mcm biasalah kan...isshhhhkkk dania "berat"nya.. anak mama nie...7.4 kg for 3 mths baby....no wonderlah semangat sgt...sambil tunggu tu sempat sembang dgn sorang brother nie...tanya dania umur berapa,nak jumpa doc mana..for info dekat clinik baby nie ader 2 org doc so boleh pilih nak yg mana...Dania masa lahir dulu dgn Dr. Sheila Lopez so kita org pun proceed dgn dia lah untuk Dania punya chekup and etc.


Sebelum masuk tgk Dania lain mcm jerr nie..mcm nak susu lg..ape lg my hubby dgn muka tebal g tanya nurse tu ader tak susu sampel yg boleh dania minum...emmm nasib baik aderr...kalau tak masak nasi goreng aku kat situ dgn dania...dania bukan boleh kalau susu lambat skit mulalah..belum sempat nak minum susu nama dah panggil....


Masuk jerr bilik doc terus hye to dania...dania pun biasalah bila org tegur mulalah jd minah sengeh...memanjang jerr sengeh jerr sampai doc pun senyum...lepas dah check baby ok ker tak...it's time...dania nak kena inject..ishhhkk dalam hati risau mesti menangis kang minah nie...masa 1st inject dulu cool tak nangis pun sampai doc puji melambung..."Good Girl "sbb that day boleh dikatakan baby yg inject sume nangis.hari nie tak tahu lahhh mcm mana...emmm..so apa lagi mama pun pegang dania mcm doc suh..babah dah ready nak amik pic dania..kalau ikut hati dia tak mo...takut tgk baby nangis...tapi alhamdulillah sekali lg dania cool mcm tak der paper yg terjadi...cuma muka dia jerr yg masam skit...doc panggil pun buat tak tahu...jeling lg..hahahahha....so sekali lg dania mendapat pujian from doc...pelik jg mama dania tak nangis..mama ckp dgn babah peha dania nie besar kot...tu yg relak jerr...ahaks!!!ahak!!!..then lepas bayar bill kitaorg pun balik so for the complimentary dania dpt berdozen susu sampel..yg travel pack punya...alhamdulillah...
Lilypie Third Birthday tickers

My Details

My Photo
Nazira Nazri
Dania Sofia luvly mama & wife to my beloved hubby Mohd Zulkarnaen
View my complete profile