topbella

Friday, November 27, 2009

Hari Raya Korban - Erti Sebuah Pengorbanan

TINGGINYA NILAI PENGORBANAN

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Korban di dalam Islam bukanlah perkara baru. Sejarah bermula sejak peristiwa pertikaian Qabil dan Habil lagi, di mana Allah SWT mensyaratkan kepada mereka untuk menyediakan sembelihan bagi mengadili siapa yang lebih berhak memiliki Iklima. Tentu sekali yang lebih ikhlas dengan Allah SWT dengan menyediakan binatang yang terbaik untuk dikorbankan diterima oleh Allah SWT. Namun nilainya perlu dibayar dengan nyawa.

Kemuncak peristiwa Korban adalah kisah Nabi Adam a.s yang telah diarah untuk menyembelih Nabi Ismail a.s putera yang disayangi baginda. Bayangkan, sebelum Ismail dilahirkan lagi Nabi Ibrahim a.s telah meninggalkannya dengan suruhan dari Allah SWT dan hanya dapat melihat kembali anak kesayangan baginda apabila si anak telah menjadi seorang kanak-kanak yang rupawan. Namun dugaan Allah SWT masih belum terhenti, malah kali ini lebih berat apabila Nabi Ibrahim a.s diperintahkan pula untuk menyembelih Ismail a.s.

Kisah ini turut dialami oleh ayahanda baginda s.a.w Abdullah bin Abdul Mutallib apabila kelahiran beliau perlu ditebus dengan 100 ekor unta bagi menggantikan nyawanya. Ini adalah kerana Abdul Mutallib telah dikurniakan dengan 12 orang anak lelaki dan ketika isteri beliau hamil untuk kali ke 13, Abdul Mutallib telah bernazar jika dikurniakan seorang lagi anak lelaki, anak ini akan dikorbankan untuk tuhan.

Tiga kisah di atas menunjukkan betapa besarnya nilai sesuatu korban dilaksanakan. Ianya melibatkan hati dan perasaan, keikhlasan dan menerima sesuatu dari Allah SWT dengan terbuka dan penuh tawakkal.

Nilai-nilai ini perlu dihayati semula dalam pelaksanaan korban kepada Allah SWT semasa hari Nahr dan Tasyrik. Bukan setakat bermaksud menyembelih kambing, lembu atau unta semata-mata, tetapi Allah SWT inginkan ketinggian nilai dari perbuatan itu, sebagaimana contoh korban yang telah ditunjukkan oleh umat-umat terdahulu.

Salam Aidiladha

Eiduladha


Selamat Hari Raya Aidiladha utk semua muslin n muslimat..terutama bagi mereka yg menunaikan ibadah haji tahun nie..Semoga mendapat keberkatan didunia dan diakhirat...bila raya haji nie teringat pada orang tua2 opppsss..bukan org tua tp org yg dah berumur a.k.a warga emas/orang yang dah pencen..hehehehe..kebanyakan yg pergi nie semuanya dalam lingkungan umur diorang( dah balik boleh tumpukan sepenuh perhatian pada amal ibadat tak payah pening2 kepala pikir hal lain)...orang muda/kerja bukan tak boleh buat boleh cuma orang cakap pergi awal2 nie banyak dugaannya nanti bila balik(sbb semua benda harus dijaga kerana sudah mendapat gelaran haji dan hajah )..walllahualam...tapi dalam rukun islam ke 5 " Mengerjakan Haji Di Mekah bagi mereka yang mampu "

Friday, November 13, 2009

A' Famosa (Part 2 - Abg Beca)

abang beca, abang beca di tengah jalan,
cari muatan untuk mencari makan,
putar putar, putar putar kaki mengayuh,
pergi jauh keringat pun lalu jatuh

abang beca, abang beca di tengah jalan,
cari muatan untuk mencari makan,
putar putar, putar putar kaki mengayuh,
pergi jauh keringat pun lalu jatuh.

dari pagi hingga matahari terbenam,
barat timur selatan serta utara,
hujan panas tiada menentanginya,
abang beca, abang beca, abang beca-ca-ca-ca-ca!

abang beca, abang beca di tengah jalan,
cari muatan untuk mencari makan,
putar putar, putar putar kaki mengayuh,
pergi jauh keringat pun lalu jatuh.




perjalanan yang mahal

Nak dijadikan cerita mama n babah punya plan tak terus peg check in kat A' Famosa kita plan nak jalan2 kat bandar melaka..so babah pun bawalah mama peg sana..bw tempat bersejarah.." MELAKA WARISAN DUNIA".

Sampai2 kat situ ramai jg org..mama malas nak jalan kaki..teringinnya nak naik beca..babah ckp kita naik lah tgk aper ader kat atas tu..tp mama malas pasal time nie x pakai sandal..so agak payah nak mendaki bukit..hehehehe ( penat woooo..wooo..tinggi tu ). so kita org pun jalan2 kat situ..sambil2 tu tengok banyaknya beca yg cantik2...dah puasa amik gambo mama pun ckp dgn babah nak naik beca jg..babah ckp dia tak nak..mama nak mama naik ler sesorang..berkenan kat satu beca tu tp..lastly disambar org lain..so mama pun naik ler beca yg ader...pak cik yg tua..kalau tgk dia punya mcm tak larat jerr nak kayuh beca..dalam hati ckp "siannya pak cik nie..tua2 pun cr rezeki lg...larat ker dia nak kayuh beca bawa mama n babah nie"..so kitaorg pun naik suh dia bawa peg tempat yg ada jual cenderahati...kayuh punya kayuh..samapai ler tempat tu ader ler lebih kurang 10 minit..tapi sebelum tu kitaorg tanya berapa harga dia ckp kalau pusing2 bandar melaka nie dalam 1 jam lebih kurang RM50..tapi nasib kami agak malang mungkin pak cik nie tahu kitaorg nie org luar masa turun beca tanya berapa harga terus terkejut mama n babah...ishhhhh..ishhhhh sedih2 rasa macam kena tipu jerrr...RM40 kayuh just 10 minit...terus terkedu mama n babah..tp nak buat mcm mana bayar jerr lah..babah siap ckp x per lahh..anggap lah sedekah...nak buat mcm mana :((...plan mcm2 pas nie nak naik kapal lah..terus x jd..lari sikit budgetnya...hehehehehe...

Lepas beli barang aper yg patut..especially belacan mama n babah pu n balik tp kali nie jalan kaki menuju ke kereta yg agak jauh..sobbb..sobbb..sedih sgt...kenapalah jd macam oh ABANG BECA!!!


Friday, November 6, 2009

A'Famosa (Part 1)

Pada 31.10.09 hari tu, mama ngan babah telah pergi bercuti ke A'Famosa Resort kat Alor Gajah. Memandangkan sejak kawin kami tak pernah g honeymoon so kami rasa ini lah peluang dan masa yang sesuai untuk kami pergi. Yang best tu kami pergi bercuti tak bawak Dania pun (cian Dania....hehehe). Dania kami tinggal kat wan ngan aki dia. Kami g hari Sabtu. Kami bertolak kul 9.00 pagi. Memandangkan hari hujan, sampai kat Melaka lebih kurang kul 11 pagi. Oleh kerana check in kul 3 pm, so kami terus la ke bandar Melaka utk jalan jalan. Jalan pun kat tempat yang common jer kat Melaka. Nasib baik g Melaka my hubby guna navigator....kalau tak mesti sesat memandangkan Melaka sekarang ni dah banyak one way jalan dia. Lepas puas jalan2...lebih kurang kul 1 tgh kami pun terus ke Alor Gajah.










Dania's Photo...

Saya dah boleh berdiri dah..


Saya nak order ayam la mama...


Susahnya main rubic cube ni...


Kecik - kecik dah pandai pegang buku...


Hari ni kita belajar pasal sayuran...


Costume rimau...


Gadis melayu terakhir...hehehe
Lilypie Third Birthday tickers

My Details

My Photo
Nazira Nazri
Dania Sofia luvly mama & wife to my beloved hubby Mohd Zulkarnaen
View my complete profile