topbella

Thursday, December 31, 2009

Home Made Roasted Chicken






emmm..best jg dinner mlm nie..huhuhu..home made roasted chicken idea bersama my SIL..sedap jg!!! 1st time try buat...lepas nie boleh lerr cuba lg...pelbagaikan rasanya...esok apa pulak menunya yaaa???? : ))


Wednesday, December 30, 2009

Dania @ Selayang Bowl




Monday, December 28, 2009

Dania @ Times Square







Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah 1431


SALAM MAAL HIJRAH 1431 kepada semua muslimin n muslimat semoga kedatangan tahun baru kali ini memberi rahmat dan rezeki yg berganda..insyallah...

untuk anak mama dania.....semoga dania menjadi anak yg lebih soleha dan menghormati org lain...semoga tahun baru memberi seribu rahmat kepada kami sekeluarga...

Friday, November 27, 2009

Hari Raya Korban - Erti Sebuah Pengorbanan

TINGGINYA NILAI PENGORBANAN

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Korban di dalam Islam bukanlah perkara baru. Sejarah bermula sejak peristiwa pertikaian Qabil dan Habil lagi, di mana Allah SWT mensyaratkan kepada mereka untuk menyediakan sembelihan bagi mengadili siapa yang lebih berhak memiliki Iklima. Tentu sekali yang lebih ikhlas dengan Allah SWT dengan menyediakan binatang yang terbaik untuk dikorbankan diterima oleh Allah SWT. Namun nilainya perlu dibayar dengan nyawa.

Kemuncak peristiwa Korban adalah kisah Nabi Adam a.s yang telah diarah untuk menyembelih Nabi Ismail a.s putera yang disayangi baginda. Bayangkan, sebelum Ismail dilahirkan lagi Nabi Ibrahim a.s telah meninggalkannya dengan suruhan dari Allah SWT dan hanya dapat melihat kembali anak kesayangan baginda apabila si anak telah menjadi seorang kanak-kanak yang rupawan. Namun dugaan Allah SWT masih belum terhenti, malah kali ini lebih berat apabila Nabi Ibrahim a.s diperintahkan pula untuk menyembelih Ismail a.s.

Kisah ini turut dialami oleh ayahanda baginda s.a.w Abdullah bin Abdul Mutallib apabila kelahiran beliau perlu ditebus dengan 100 ekor unta bagi menggantikan nyawanya. Ini adalah kerana Abdul Mutallib telah dikurniakan dengan 12 orang anak lelaki dan ketika isteri beliau hamil untuk kali ke 13, Abdul Mutallib telah bernazar jika dikurniakan seorang lagi anak lelaki, anak ini akan dikorbankan untuk tuhan.

Tiga kisah di atas menunjukkan betapa besarnya nilai sesuatu korban dilaksanakan. Ianya melibatkan hati dan perasaan, keikhlasan dan menerima sesuatu dari Allah SWT dengan terbuka dan penuh tawakkal.

Nilai-nilai ini perlu dihayati semula dalam pelaksanaan korban kepada Allah SWT semasa hari Nahr dan Tasyrik. Bukan setakat bermaksud menyembelih kambing, lembu atau unta semata-mata, tetapi Allah SWT inginkan ketinggian nilai dari perbuatan itu, sebagaimana contoh korban yang telah ditunjukkan oleh umat-umat terdahulu.

Salam Aidiladha

Eiduladha


Selamat Hari Raya Aidiladha utk semua muslin n muslimat..terutama bagi mereka yg menunaikan ibadah haji tahun nie..Semoga mendapat keberkatan didunia dan diakhirat...bila raya haji nie teringat pada orang tua2 opppsss..bukan org tua tp org yg dah berumur a.k.a warga emas/orang yang dah pencen..hehehehe..kebanyakan yg pergi nie semuanya dalam lingkungan umur diorang( dah balik boleh tumpukan sepenuh perhatian pada amal ibadat tak payah pening2 kepala pikir hal lain)...orang muda/kerja bukan tak boleh buat boleh cuma orang cakap pergi awal2 nie banyak dugaannya nanti bila balik(sbb semua benda harus dijaga kerana sudah mendapat gelaran haji dan hajah )..walllahualam...tapi dalam rukun islam ke 5 " Mengerjakan Haji Di Mekah bagi mereka yang mampu "

Friday, November 13, 2009

A' Famosa (Part 2 - Abg Beca)

abang beca, abang beca di tengah jalan,
cari muatan untuk mencari makan,
putar putar, putar putar kaki mengayuh,
pergi jauh keringat pun lalu jatuh

abang beca, abang beca di tengah jalan,
cari muatan untuk mencari makan,
putar putar, putar putar kaki mengayuh,
pergi jauh keringat pun lalu jatuh.

dari pagi hingga matahari terbenam,
barat timur selatan serta utara,
hujan panas tiada menentanginya,
abang beca, abang beca, abang beca-ca-ca-ca-ca!

abang beca, abang beca di tengah jalan,
cari muatan untuk mencari makan,
putar putar, putar putar kaki mengayuh,
pergi jauh keringat pun lalu jatuh.




perjalanan yang mahal

Nak dijadikan cerita mama n babah punya plan tak terus peg check in kat A' Famosa kita plan nak jalan2 kat bandar melaka..so babah pun bawalah mama peg sana..bw tempat bersejarah.." MELAKA WARISAN DUNIA".

Sampai2 kat situ ramai jg org..mama malas nak jalan kaki..teringinnya nak naik beca..babah ckp kita naik lah tgk aper ader kat atas tu..tp mama malas pasal time nie x pakai sandal..so agak payah nak mendaki bukit..hehehehe ( penat woooo..wooo..tinggi tu ). so kita org pun jalan2 kat situ..sambil2 tu tengok banyaknya beca yg cantik2...dah puasa amik gambo mama pun ckp dgn babah nak naik beca jg..babah ckp dia tak nak..mama nak mama naik ler sesorang..berkenan kat satu beca tu tp..lastly disambar org lain..so mama pun naik ler beca yg ader...pak cik yg tua..kalau tgk dia punya mcm tak larat jerr nak kayuh beca..dalam hati ckp "siannya pak cik nie..tua2 pun cr rezeki lg...larat ker dia nak kayuh beca bawa mama n babah nie"..so kitaorg pun naik suh dia bawa peg tempat yg ada jual cenderahati...kayuh punya kayuh..samapai ler tempat tu ader ler lebih kurang 10 minit..tapi sebelum tu kitaorg tanya berapa harga dia ckp kalau pusing2 bandar melaka nie dalam 1 jam lebih kurang RM50..tapi nasib kami agak malang mungkin pak cik nie tahu kitaorg nie org luar masa turun beca tanya berapa harga terus terkejut mama n babah...ishhhhh..ishhhhh sedih2 rasa macam kena tipu jerrr...RM40 kayuh just 10 minit...terus terkedu mama n babah..tp nak buat mcm mana bayar jerr lah..babah siap ckp x per lahh..anggap lah sedekah...nak buat mcm mana :((...plan mcm2 pas nie nak naik kapal lah..terus x jd..lari sikit budgetnya...hehehehehe...

Lepas beli barang aper yg patut..especially belacan mama n babah pu n balik tp kali nie jalan kaki menuju ke kereta yg agak jauh..sobbb..sobbb..sedih sgt...kenapalah jd macam oh ABANG BECA!!!


Friday, November 6, 2009

A'Famosa (Part 1)

Pada 31.10.09 hari tu, mama ngan babah telah pergi bercuti ke A'Famosa Resort kat Alor Gajah. Memandangkan sejak kawin kami tak pernah g honeymoon so kami rasa ini lah peluang dan masa yang sesuai untuk kami pergi. Yang best tu kami pergi bercuti tak bawak Dania pun (cian Dania....hehehe). Dania kami tinggal kat wan ngan aki dia. Kami g hari Sabtu. Kami bertolak kul 9.00 pagi. Memandangkan hari hujan, sampai kat Melaka lebih kurang kul 11 pagi. Oleh kerana check in kul 3 pm, so kami terus la ke bandar Melaka utk jalan jalan. Jalan pun kat tempat yang common jer kat Melaka. Nasib baik g Melaka my hubby guna navigator....kalau tak mesti sesat memandangkan Melaka sekarang ni dah banyak one way jalan dia. Lepas puas jalan2...lebih kurang kul 1 tgh kami pun terus ke Alor Gajah.










Dania's Photo...

Saya dah boleh berdiri dah..


Saya nak order ayam la mama...


Susahnya main rubic cube ni...


Kecik - kecik dah pandai pegang buku...


Hari ni kita belajar pasal sayuran...


Costume rimau...


Gadis melayu terakhir...hehehe

Sunday, October 25, 2009

Makan2 Raya 09

Syawal yg mulia sudah pun berlalu hampir 2 minggu...lambat skit lerr update blog,bz sgt..kot..x perr lahh..tahun nie alhamdullilah dpt jamu kekawan makan..tahun lepas x..tgh mabuk sgt...ramai jg tahun nie..unsangkarable...tak salah menjamu org makan..rezeki.mcm2 jenis menu jg iap2 tahun yg ada..mcm iklan astro tu "macam-macam ada"kira puas hati lerr org makan...tp tiap2 tahun menu nie mesti ada " Rojak Buah " sapa2 yg dah test emmm..yummy!yummy!!!...hehehehehe..dania pun bila org sibuk makan mulut dia pun ikut sama bergerak..



My In Law dtg..sedara mara..kawan2 dtg sbb raya n nak jumpa Dania..byk jg collection duit raya dania tahun nie...hehehehehe...ape lg simpan kat bank lerr...utk masa hadapan...majlis start dlm kul 12.30 tengahari berlanjut sampai kul 11.00 pm..penat tu tak lah sgt pasai mama ader 2 org sis yg tolong..tp mama tabik spring lah kat my SIL yg tgh sarat pregnant tu tunggu hari jerr buat keje dr malam semlama sampailah ari open hse...tak berenti langsung...mama tlglah jg tp banyak masa dgn kerenah dania..tgk org tak kenal masam jerr muka...tp agaknya dia pun penat jg...




budak2 yg datang



auntie aimey n dania




aleya n dania



muffin my sis buat



puding manggo mama buat

Ramai jg yg tak dtg..that day ramai jg yg buat open hse mana2 officemate yg buat open hse hari yg sama x dpt lah peg...tp ramai jg yg tak dtg sbb dorg ckp jam teruk sgt sampai ader yg patah balik...nak buat mcm mana x der rezeki..tak perr insyallah tahun depan ader lg... see yaa...






Sunday, October 18, 2009

Dania@Tawakal Hospital

Last 2 weeks, Dania tak berapa sihat sebab bad flu ngan flame banyak sangat. 1st treatment dia kami bawak g kat Child specialist kat Ampang selama 3 hari berturut-turut sebab doc nak tengok dia punya progress lepas pakai nebulizer. Lepas tu plan nak g inject dia kat Hospital Tawakal. Doc kat situ detect flame dia agak teruk. So doc batalkan dia punya injection pastu dia masukkan Dania kat unit Fisioterapi untuk sedut flame. Dania kat sana 2 hari. Kesian tengok Dania buat flame suction....tak sampai hati tengok. Tapi mengenangkan prosedur ni boleh melegakan Dania, mama redha jugak.

Flame suction

Nebulizer buat kat umah


Wednesday, October 7, 2009

Dania @ Hari Raya ( part 2 )

HARI RAYA PERTAMA 2009

Baju kurung Raya Dania

Allahuakhbar….Allahuakhbar….Allahukhbar…takbir dipagi raya…sayu jerr dengar takbir nie..time nie mama teringat mak n abah mama kat KL,tahun nie dorg raya kat KL sbb my sister tak dapat cuti raya lagi..sardis jerr dengarkan..dah 2 tahun berturut tak cuti raya…sian Mak De..Dania..x dpt cuti raya..huhuhuhuhuu..tp nak wat mcm mana keje lah katakan…
Dania bangun awal jg pg raya nie..agaknya dania pun tak sabar nak beraya ngan mama,babah,tok,tokwan,ngangah ( kak aleya dania panggil ngangah pasai dia x reti sebut mak ngah so lekatlah panggilan ngangah tu..so bakal di ikut panggil oleh Dania jg )…dah siap mandi semua Dania pun dgn baju baru malaramlah…emmm anak mama pakai baju kurung tu…ishhh mcm tak caya jerr baby umur 6 mths dah pakai baju kurung..hehehehe…nasib lerr panjang badannya nampak lerr cute skit…hehehehe..bila lg nak puji anak sendiri…dah siap semua mama pun malaramlah jg dgn baju raya..babah pun sama…pas tu kitaorg anak beranak turun bawah jumpa sedara mara yg lain ( my hubby cousin pun balik tahun nie..so agak meriah lah skit )…pas tu tinggal mama n dania..babah g semayang raya..sementara tunggu babah balik mama pun layan ler dania minum susu…bila babah balik mama n babah makan breakfast raya.. : - )…menu surprise tu nasi hujan panas,kari ayam,daging masak itam,jelantah n acar buah n yg paling special n cepat habis “ RENDANG AYAM DANIA SOFIA “ dimakan bersama ketupat daun palas…abis makan rest kejap..mengantuk lah pulak kena ketupat nie…setengah hari raya babah,mama n dania tido cover smlm punya letih tak habis lg ngangah pun terjebak sama…
Lepas zohor tunggu family my brother in law ( Abg Yap – gelaran my family ) dtg..diorg nie semua mai dr Alor setar…kami semua ( abg yap n family,pali n family,tok ,tok su n ngangah ) p beraya kat area Pantai Jerejak ngan Sg.Ara umah sedara mara…petang lepas asar br kitaorg balik..semua kepenantan n kekenyangan…aper lg second round ZZZzzzzZZZZzzz…ZZZZzzz..ZZZzzz..

Sunday, October 4, 2009

Dania @ Hari Raya ( part 1 )

MALAM RAYA

Emm baru ader kesempatan nak tulis blog nie..

Tahun nie dania n family beraya dgn family babah kat penang..ikut turn daa..dulu masa mama br lepas kawin 1st raya mama kat penang..then 2nd year kat Pahang..tp masa tu mama sickness teruk..pregnant dania…abah mama paksa mama balik kg jumpa manalah tahu suasana kat sana buat mama lega..tp ttp sama jg Cuma kurang skit jerr..tp bila balik KL same thing happen..paper pun x kisahlah..dania dah selamat dlahirkan n tahun nie 1st year raya dania with mama n babah…

Kami sekeluarga balik kg on Saturday 19/09/09 one day before raya nak amik mood rayalah katakan..so tolak dr kl dlm kul 9.30 pagi mcm tu…kitaorg ikut pesananan lebuh raya alah..jadual perjalanan utk musim perayaan tu…setlah sekian tahun mama tak tempuh jam mcm nie ( sejak pindah dr kedah dtg KL ikut abah mama ) hari nie,mama sekali lg dgn jayanya menempuh jam yg sgt jammm tak terkata…masuk highway kuar highway sampaikan nak berenti pun tak tahu kat mana..susu dania pun buat dlm keta jerr…Cuma lampin jerr kena cari tempat stop..kalau tak jenuh nak tukar lampin dania nie bukannya duduk diam…bayangkanlah almost 9 hours nak balik penang ari tu mcm balik Kelantan daaa…nasib dania tak merangam dlm keta…emmm sempat kerr mama masak rendang nie..dah janji dgn dorg nak masak rendang ayam…

Sampai jerr terus settlekan dania..tp agaknya dania penat sgt..malam tu 1st time setelah sekian lama dania buat hal..meragam jerr menangis jerr sampai muntah2..penat sgt agaknya…selesema lg..lama jg amik masa nak tenteramkan dia..semua benda tak kena..merengek jer..tergendala lg rendang mama..sedar tak sedar kul 12 mlm br settle semua..tahun nie my mother in law n my hubby auntie tak masak paper..surprise dorg ckp utk juadah esok..my mother in law pun ckp nasib this year tak masak kalau tak tak tahu kul berape nak tido..penat dlm keta pun tak habis lg.emmmm..selamat malam semua...

Sunday, September 20, 2009

Salam Syawal..




Emm....ehhh..dah raya..pejam celik..pejam celik dah raya rupanya...sekejap jerr rasanya sebulan berpuasa..Mama,Babah & Dania..nie 1st time beraya bersama...paper pun Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin...

" Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga ketelanjuran kata,
Dalam gurau & senda tentu ada terguris rasa,
Dalam kehidupan pasti ada salah dan khilaf,
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin"

Thursday, September 17, 2009

The Apartment @ The Curve





Memori Ramadhan 2008 (part 2)

Allah s.w.t betul2 menguji kesabaran umatnya...mama dah lah alah teruk..muntah2,gastrik,peduh ulu hati and etc....ader lah satu hari tu...masa tu babah x der balik ,dia balik berbuka puasa kat umah my mother in-law..masa tu tgh hari...nak muntah jerr pun bangun lerr dr tempat duduk nak ke sink nak muntah...rasa lain mcm jerrr...kaki rasa panas jerr pas tu rasa mcm ader benda mengalir...tunduk tgk bawah..rupa2 mama bleeding teruk...masa tu mengalabah jgn citer....rasa nak nangis pun ader,nak pitam pun ader..mengelabah pun ader...apalah yg nak jd nie...terus abah mama ( masa nie duduk ngan wan n aki Dania ) bw g hospital..masa nie hospital yg paling dekat dgn umah hospital selayang...bw2 terus masuk emergency room masa tu my hubby dah ader..check aper yg patut...masa scan tu dorg ckp x nampak aper pun..isshhh mengelabah mama,masa tu pk alamak benda yg sama terjadi kerr dlm hati tu berdoa jerr...pas tu terus dorg tolak masuk wad...masuk air..masa tu bleeding x stop lg...doc pakar ckp mama punya kandung dlm ketegori kandungan terancam..jadi or tak jadi jerr..masa tu my hubby dah -rasa give -up sgt sampai dia ckp dkt mama…babah tak sanggup tgk mama mcm nie…tak lalu makan,x leh tido…letih x bermaya…kalau nie jer jalan yg boleh tolong mama back to normal babah redha….kita cuba lain kali..sbb babah ckp dia x sampai hati tgk mama mcm nie… ( sedih mama time nie ). Tapi doc ckp x per kita scan skali lg tgk mcm mana…mlm tu mama doa panjang..hope allah makbulkan aper yg mama doakan…

Next day mama scan skali lg..alhamdulillah doc ckp nampak denyut jantung baby…may be ok doc x berani nak kompemkan…so doc ckp kandungan nie terancam…doc suh mama balik n buat appointment utk scan balik baby..nak tgk progress baby mcm mana…so mama pun balik tak sampai seminggu lepas tu mama masuk hospital balik pasal kes alah..tu masa tu dorg check dorg ckp baby look ok..progress…alhamdullilah

Syukur babah n mama…

Tapi mama mmg betu2 kesiankan babah..sabar dia dgn mama..masa tu mama tgk dia mcm tak terurus..makan tu ok lerr pasal duk dgn my parent sume dorg sediakan..tp sedih tu tgk muka dia x ceria,penat..tido pun mcm x cukup…setiap kali mama masuk ward babah akan temankan mama..tido kat hospital..babah boleh temankan pasal mama under babah punya GL so boleh duduk 1st class.. ( hehehe )..buka puasa pun kat hospital..tido,peg keje pun dr hospital…mcm2 lah babah buat amik air kuatkan smgt,babah mmg betul2 kuat n sabar dgn mama…masa tu babah ckp aper jerr yg mama nak makan dia akan cr kan..tp alhamdullilah mama x der lah mengidam paper…

ramai2 kawan2 mama ckp mama nie mengada2 org lain pregnant jg tp x mcm nie..ikutkan sgt hati tu,manja…tp my advice is lain org lain keaadannya…org yg mengalami nasib sama mcm mama tahu mcm mana keadaan tu..bukannya kita minta…mungkin ini ujian drNYA..kali akhir mama masuk hospital dekat2 seminggu jg tu yg last mama masuk…lepas tu dah x mama nak boleh control dgn makan ubat..sebelum nie mkn jg ubat tp tak jalan jg..ubat muntah,ubat gastrik,ubat pedih ulu mcm2 ubat..tapi mama still x boleh makan especially nasi..mama makan benda yg kering jerr biskut..susu mama x berani amik lg..the best part it mama boleh makan benda yg grill jerr yg minyak2 sume muntah balik…tp lahamdullilah bila dah masuk 5 bln mama dah ok and dah boleh keje…nampak skit babah ceria…tp lepas tu mcm2 nak makan….babah kata never mind anything for mama..asal mama happy n makan…lepas jerr masuk 5 bln mak dah stabil dah boleh control skit2 muntah,gastrik,pedih ulu hati sbb mama dah boleh makan sikit…bayangkan berat mama turun 10kg dr berat asal…ini al-kisah bila ramadhan menjelma…

Sunday, September 13, 2009

Dania @ Injection

Last 2 week Dania g injection utk Hep B ( 3 serangkai ) time nie Dania Sofia dah 5 mths Time nie doc fav Dr Sheila Lopez not around so Dania jumpa partner Dr Sheila, Dr Kanchana....time nie Dania timbang berat....alamak dah 9.3 kg...but Dania ok tak over weight..pasai Dania panjang...but doc advice suruh Dania start mkn fruits n vege...Dania oh Dania!!!

Dania & Dr Kanchana



Sian Dania inject lagi..

Thursday, September 10, 2009

Memori Ramadhan 2008 ( part 1 )

Bila masuk jerr bulan puasa mesti teringat peristiwa nie...sampai bila pun tak boleh lupa...masa beberapa bulan kawin dpt berpuasa n berhari raya bersama hubby masa nie belum ader rezeki lg...last year masa 1st anniversary dapat good news after tunggu 1 year and gap 6 mths lepas misscarriage atas nasihat doc...mama kompem pregnant, dua kali buat pregnancy test sendiri dgn check kat klinik...masa tu usia kandungan dlm 7 week...happynya mama apa tah lg babah...this time my mom pesan jg elok2 jgn happen lagi...x elok dia ckp...so mama pun kuranglah aktivi berjalan dgn babah...and kebetulan alhamdulillah mama dah tak wat keje yg agak lasak lg...last time mama ingat missc nie pasal keje lasak sgt lah....

masa 1st pregnant dulu mama x der lah alah aper pun just normal morning sickness jerr...mcm other preggy women....tapi mama mmg tak sangka this thing happen....2 mths hospitalize kat umah and kat hospital..alah teruk sgt...makan aper semua kuar balik...x telan lg pun kuar balik..aper jer yg masuk kuar...sampai dekat masuk kuar hospital 2 3 kali masuk air,bukan kata hospital jerr klinik pun ader,pusat perubatan Naluri pun ader mcm2 ada ( : ) )..dekat2 40 botol jglah...asyik muntah jerr...urine plak problem takut jd benda lain...tp alhamdulilliah baby ok...tp risau jg pasal mama x makan aper pun so baby mcm mana...tp like doc siti ckp time tu baby akan makan aper jer yg ader dlm perut mama dia utk survive....bila scan nampak heart beat baby..doc siti ckp baby ok mama jerr yg teruk...doc siti ckp slalu alah teruk nie..pregnant twin or baby boy...tp heart beat 1 jerr yg nampak...emmm...tp doc ckp lain org lain alahnya...

Tuesday, September 8, 2009

Juadah Berbuka (Part 4)

Telur & timun


Sambal tumis udang & ayam bakar


Aneka kacang & ikan bilis



Paru percik

Popia & otak - otak


Sira pisang, sata & pau sambal


Nasi lemak

Air kelapa


Lilypie Third Birthday tickers

My Details

My Photo
Nazira Nazri
Dania Sofia luvly mama & wife to my beloved hubby Mohd Zulkarnaen
View my complete profile