topbella

Monday, March 8, 2010

Dania's Playground





Sunday, March 7, 2010

Ayam Penyet

Ulam - ulaman


Serdak ayam


Sambal


Ayam Penyet


Complete Set



Bahan - Bahan Ayam
  • 1 ekor ayam – potong ikut suka
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 5 ulas bawang kecil
  • 10 ulas Bawang Putih ( lagi banyak lagi bagus )
  • 2cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.

Bahan - Bahan Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

Bahan - Bahan Nasi
  • Beras lebih kurang 4 pot
  • Air biasa atau lebihan air rebusan ayam
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan

Bahan - Bahan Serdak Ayam
  • 2 – 3 biji telur
  • 2 sudu besar tepung beras
  • Minyak utk menggoreng


Ulam - Ulaman
  • Timun
  • Salad
  • Ulam Raja

Cara-cara

Untuk Ayam Penyet
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman(perap lama sedap sikit)
  3. Kalau ada tempe dan tahu gaul sikit dgn bahan yg dikisar.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  7. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup
  1. Jika perlu sup rebus ayam dgn air yg lebih banyak dan sediakan seperti sup nasi ayam etc.

Untuk Nasi
  1. Masak nasi seperti biasa atau masak dengan air rebusan ayam jika ada lebih. Masukkan garam dan daun pandan.

Serdak Ayam Penyet
  1. Kacau telur dengan tepung beras sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak dengan menggunakan minyak goreng ayam tadi, apabila minyak panas, tuang telur menggunakan penapis dan kacau sehingga garing.
  3. Toskan serdak dan hidang bersama nasi, ayam, sambal serta ulam – ulaman.

Dania @ Wangsa Bowl

Last 3 weeks, kitaorang semua dengan ngangah dania g la try bowling kat Wangsa Bowl kat Wangsa Walk....Tempat baru, lane baru, bola baru, kasut baru lain drp yg lain so main pun macam best. Game 1 dimenangi oleh mama, game 2 dimenangi oleh babah and 3rd game ngangah yang menang...semua adalah pemengang dan tiada pengalah.

Lane kat Wangsa Bowl


Gaya ngangah....go ngangah go..!!!


Aksi bergaya mama...macam pro jer...


Dan pemenangnya adalah...............Dania Sofia anak mama..!!!
Lilypie Third Birthday tickers

My Details

My Photo
Nazira Nazri
Dania Sofia luvly mama & wife to my beloved hubby Mohd Zulkarnaen
View my complete profile