topbella

Sunday, March 7, 2010

Ayam Penyet

Ulam - ulaman


Serdak ayam


Sambal


Ayam Penyet


Complete Set



Bahan - Bahan Ayam
  • 1 ekor ayam – potong ikut suka
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 5 ulas bawang kecil
  • 10 ulas Bawang Putih ( lagi banyak lagi bagus )
  • 2cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.

Bahan - Bahan Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

Bahan - Bahan Nasi
  • Beras lebih kurang 4 pot
  • Air biasa atau lebihan air rebusan ayam
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan

Bahan - Bahan Serdak Ayam
  • 2 – 3 biji telur
  • 2 sudu besar tepung beras
  • Minyak utk menggoreng


Ulam - Ulaman
  • Timun
  • Salad
  • Ulam Raja

Cara-cara

Untuk Ayam Penyet
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman(perap lama sedap sikit)
  3. Kalau ada tempe dan tahu gaul sikit dgn bahan yg dikisar.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  7. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup
  1. Jika perlu sup rebus ayam dgn air yg lebih banyak dan sediakan seperti sup nasi ayam etc.

Untuk Nasi
  1. Masak nasi seperti biasa atau masak dengan air rebusan ayam jika ada lebih. Masukkan garam dan daun pandan.

Serdak Ayam Penyet
  1. Kacau telur dengan tepung beras sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak dengan menggunakan minyak goreng ayam tadi, apabila minyak panas, tuang telur menggunakan penapis dan kacau sehingga garing.
  3. Toskan serdak dan hidang bersama nasi, ayam, sambal serta ulam – ulaman.

Dania @ Wangsa Bowl

Last 3 weeks, kitaorang semua dengan ngangah dania g la try bowling kat Wangsa Bowl kat Wangsa Walk....Tempat baru, lane baru, bola baru, kasut baru lain drp yg lain so main pun macam best. Game 1 dimenangi oleh mama, game 2 dimenangi oleh babah and 3rd game ngangah yang menang...semua adalah pemengang dan tiada pengalah.

Lane kat Wangsa Bowl


Gaya ngangah....go ngangah go..!!!


Aksi bergaya mama...macam pro jer...


Dan pemenangnya adalah...............Dania Sofia anak mama..!!!

Monday, February 15, 2010

Dania's 1st Birthday Present....


Dania dah dapat present..yeahh!!yeahh!!present nie ngangah bagi untuk 1st year besday dania...exited ngangah nak bagi present kat dania..mama n babah pun terkejut bila ngangah kata nak beli present tp x expect dapat cepat sgt....pape pun dania suka present dr ngangah yg mmg favourite dania benda2 macam nie...THANK YOU NGANGAH & I LUV U...



Monday, January 25, 2010

Walking Lil Dania..sweet :))




bila dania dah pandai jalan..suka hati mama n babah..emmm lepas nie x larat nak kejar lah budak kecik nie...pape pun thanks to Nabila a.ka Mak Tam hari2 training dania jalan tak pernah jemu..

Saturday, January 23, 2010

Dania Bad Hair Day







Monday, January 18, 2010

Dania's Photo Shoot

Sesi fotografi sedang berjalan

Final touch-up

1,2,3 say cheeseeeee

Last friday mama,babah,wan,aki n dania...saje buang masa jalan2 kat Tesco Rawang..actually in the same time wan n aki dania ader barang nak beli sebab esoknya ader org tempah kuih ngan nasi lemak untuk mesyuarat agong PERKEP...Tesco Rawang nie baru jerr buka last thursday on 14 Jan 2009...punyalah ramai orang..nak cari parking pun round 2 3 kali jglah...lastly rezeki dania dapat parking betul2 dekat pintu masuk..alhamdulillah...

So start lah activiti shopping barang aperr yg patut...ramai jg org yerrr malam-malam nie..nasib lerr kaunternya banyak..x der lah lama sgt nak tunggu membayor nya...huhuhuhu....dah habis bayar..pusing cari dania,wan n aki...masa pusing2 cari dorang nie yg jumpa satu booth tengah promote/baby contest for their company..free foto shoot n also free 1 piece of picture kalau beli barang kat tesco RM50 keatas.fikir punya fikir bincang punya bincang mama n babah pun setuju nak try shoot pic dania...

Free foto shoot tapi kalau nak pakai costume dorang pun boleh juga..tapi kena bayar RM10 untuk 1 costume..so mama decide just amik jerr pic dania dgn baju yang dia pakai...danai nampak mcm blur kejap apelah yg dorang nak buat kat aku nie....dania nampak cool tapi dia tak senyum jerr sbb dia tengah mood nak tido..hahahahaha..lama jg ingatkan kejap jerr sekeping 2 rupanya 18 keping pic dania yg dorang shoot..orang kat sekeliling jgn citerlah punyalah ramai yg tengok n menagah dania suh senyum...aduh penat mama...mcm2 possing nak kena buat ( dania yerr bukan mama )...akhirnya habis jg foto shoot dania..it time to look dania pic plak mana satu yg berkenan...pilih punya pilih satu jerr yg dapat yg lain kena bayar..mama bayar sekeping jerr untuk masuk baby contest satu lagi kitaorg dapat..yg selebihnya even just burn in CD need to pay walaupun sekeping gambar...emmmm..think twice...Rasa sayang plak tak amik maybe next time lah..biar Dania pakai baju yg semengah sikit..hahahahahaha...paper pun kalau ader yg minat nak foto shoot free g lah Tesco Rawang valid until 12 Feb 2010..nama company tu TOTS 'R' US. Selagi stok masih ada.


Monday, January 4, 2010

Happy New Year 2010

Sayonara 2009..semoga berlalunya tahun 2009 memberi pengalaman yg tak mungkin dlupakan..kenangan terindah....

KRONOLOGI SEPANJANG TAHUN 2009...

Jan 09 - my bro melansungkan perkahwinan dgn gadis pilihan hati yg direstui oleh kedua ibu bapa kami.
Feb 09 - perjalanan seperti biasa...
March 23 09 jam 2125 - Dania sofia Mohd Zulkarnaen selamat dilahirkan di Hospital Tawakal oleh Dr Siti Zaleha yg sgt baik dan skg dania dah pun berumur 9 bulan...dah besar anak mama :)) and 18 march babah besday 30 thn...


Dania 9 mths

April 09 - mama refer specialist untuk gastrik mama yg agak kurang best..so buat scope..alhamdullilah mama ok.
May 09 - besday mama yg ke 27 thn and may also babah dania sgt kurang sihat yg menyebabkan babah kena refer specialist jg tp alhamdulillah babah sihat...
June 09 - Mama start keje after 2 mths confiment dan melepak dgn Dania bucuk.
15/06 anniversary mama n babah yg ke 2 tahun..heheheh :))

July 09 - 1st time Dania Sofia balik kampung Moyang...
Aug 09 - 1st time puasa mama n babah bersama dania sofia...
Sept 09 - 1st time raya mama n babah bersama dania sofia di Penang
Oct 09 - baru dpt honeymoon after 2 years married - A'Famosa Resort Melaka
Nov 09 - Akhirnya dapat anak buah sendiri Dani Najmi nak jg nama start huruf D..ishhhh
Dec 09 - Akhirnya setelah lama meninggalkan Ipoh dapat jg berjalan2 kat sana sebab my hubby best fwend kawin..dapatlah melawat Politeknik Ungku Omar yg banyak berubah,Padang Polo and melawat kawasan yg sewaktu dengannya...


Tutup sudah tirai 2009 semoga tahun 2010 memberi satu lg kenangan yg tak mungkin dlupakan...

So Apa Azam semua orang tahun nie????

Welcome 2010!!!!

















Lilypie Third Birthday tickers

My Details

My Photo
Nazira Nazri
Dania Sofia luvly mama & wife to my beloved hubby Mohd Zulkarnaen
View my complete profile