topbella

Saturday, September 24, 2011

Open House Raya 2011

Alhamdulillah,walaupun raya nie sedikit hambar tp rezeki yg allah swt beri kita patut kongsikan sedikit dgn org lain... Sekali lg tahun nie berjaya buat open hse... Seronok buat open hse nie... bg org mkn senang hati...di tambah dgn makanan yg dihidangkan sedap2 .... Hehehehe sape lg nak puji kalau bukan kita sendiri... Menu slalu tuan umah pilih tp kitaorg lain sikit... Ikut majoriti org yg nak dtg kawan2 ngan sedara mara nak makan apa....meriah jg wpun rasanya mcm kurang org yg dtg almaklumlah time buat nie cuti 3 hari so byklah org yg plan bercuti dgn family.. Kuar jalan2 or makan angin... Memandangkan tarikh nie my sis yg pilih so proceed jer lah.... Rezeki masing2 kalau mana yg sempat dtg diorg dtg mana yg x dtg x pe insyallah next year kalau panjang umur murah rezeki...boleh jerr....antara menu nya adalah :

Soto ayam
Nasi dagang
Gulai ikan tongkol
Kari ayam
Mee goreng
Rojak buah
Air sirap lemon
Kek lapis Sarawak pelbagai rasa
Biskut2 raya n maruku2

Last call yg dtg lebih kurang dlm pukul 11 pm... Walaupun penat sbb dr pagi membeli barang, masak, menjamu & mengemas rumah tp gembira... Open house yg x boleh dlupakan adalah 4 thn lalu majlis berakhir jam 4 pg...bayangkan mcm kenduri besaran.... :))

Semoga tahun depan dimurahkan rezeki oleh NYA kita berjumapa lg...

Friday, September 16, 2011

Selsema vs resdung

Aduhhh..aduhhhh... Hari nie sepanjang hari bersin x henti.. Rasa mcm dah nak tercabut hidung ngan anak tekak nie bersin teruk sgt... Ubat dah makan tapi masih x de kesan....dah larat dah nie nak bersin....masalahnya x tahu selsema nak demam or resdung..... Apa lg ubat2 yg sesuai utk rawatan selsema or resdung nie...... Bila jumpa specialist dia ckp kalau teruk sgt operate.... Nie yg jd masalah nie...... KATA kan TIDAK pada apa jua operation.... What should i do now.....

TUtTi fRuttI

Hari nie opening tutti frutti prima sri gombak... Makan sampai puas coz discount 50%.... bestnya.....sy mmg suka mkn tutti frutti..... Best...yummm...yummmmmyyy <3 <3

Wednesday, September 14, 2011

Cuti2 Malaysia Sarawak pt 2

Best jugak jenjalan kat sarawak nie... Tp peristiwa yg x boleh lupa bila nak seberang kuching water front nak p seberang cr kek lapis... Lawak giler :)) ...my hubby org yg paling panik nak naik sampan pasai x balance...ayik terhuyung hayang kesana sini... Tp yg pasti kami selamat pergi n selamat balik... Alhamdulillah syukur.. Tobat my hubby kata dia x mau naik lg...... Hehehehehehe.....dania ngan ngangah yg maintain cool...... Yg bawah nie pictire masa kami semua melawat sarawak culture village... Best sampai tak larat nak jalan....persembahan kebudayaan dia pun best jg...

Monday, September 12, 2011

BERDASARKAN KAJIAN SELAMA 25 TAHUN OLEH DATO FADZILLAH KAMSAH .....

JANUARI>>>>bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial , cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI>>> berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius , berpesonality yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan adaharapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC>>>>> berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudahsimpati , sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alampersekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL>>>>> sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI>>>>> > kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik , kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros

JUN >>>>> >berfikiran jauh & berwawasan , mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea @mood idea yg terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI>>>>> > Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain , Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan , tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan , perut mudah gemuk , tak kawal diet , minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja

OGOS >>>>> suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih,penyayang , suka mencari kawan

SEPTEMBER>>>>> > sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukansangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir , daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong , kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas, bersistematik

OKTOBER >>>>> suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik >>>>> > >>> > suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat

NOVEMBER >>>> banyak idea dalam perkara , sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan , berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam , pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER >>>>> Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.

Kelebihan Surah (Part 3)

(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

Sunday, September 11, 2011

Hujan oh hujan.....

Rasanya macam dah lama x hujan... Dr 1 syawal negeri pulau pinang panas terik langsung tiada hujan wpun sekejap sehinggalah balik ke kuala lumpur syawal ke 3 masih jg panas...Hujan sikit2 atau sekejap tu masih x menyejukkan muka bumi nie...tp smlm hujan n hari nie hujan terasa damai n sejuk sikit muka bumi nie....alhamdulillah syukur allah swt
telah turunkan hujan..... <3 <3

Saturday, September 10, 2011

Cuti2 Malaysia Sarawak pt 1

Best kan kalau dapat jalan2 kan...release sikit tensen:)))....last 4 mths kitaorg anak beranak berjaya jg booking tiket ke sarawak kalau tak ssh nya lah haiii....best jln2 kat sana... Biasa lah melawat negeri org....apa yg bestnya budaya,makanan,tempat2 menarik dorg....so sempatlah amik gambar kenang-kenangan... ^_^

Friday, September 9, 2011

Salam Syawal

Assalamulaikum...masih belum terlambat rasanya utk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir n batjn kepada semua... Dah lama x update blog semenjak bermenjak nie... Almaklumlah dania pun dah makin membesar byk jg lah kerenah dia... Insyaallah akan selalu updated blog sekiranya ada masa yg terluang......harap2 lepas nie ada lah masanya.......

Sekotak mancis secawan madu
Selaut kasih seluas rindu
Salam manis penuh syahdu
Salam syawal just for u

Salam aidilfitri maaf zahir dan batin...

My Details

My Photo
Nazira Nazri
Dania Sofia luvly mama & wife to my beloved hubby Mohd Zulkarnaen
View my complete profile