topbella

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan kembali lagi.. syukur alhamdulillah kerana masih dberi peluang utk menunaikan ibadah puasa..dah lama x update blog... rindu jg sebenarnya tp masa agak mencemburui utk berblog...

Doa jibril menjelang ramadhan:"Ya Allah..abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum masuk ramadhan dia tidak melakukan 3 hal ini:
1)Tidak minta maaf kepada kedua org tua 
2)tidak bermaafan antara suami isteri
3)tidak bermaafan dengan orang2 sekitarnya".. Maka Rasulullah pun mengaminkannya sebanyak 3 kali.

Maafkan diri ini  kalau ada silap dan salah selama ini.Mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.. SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK  


Nasi Ulam resepi bondaku... πŸ˜‹

Assalamualaikum wbt.. dah lama rasanya x update blog.. dah bersawang rasanya... tp sbb nak update resepi punya pasal.. citer sikit.. cer citeee.. cer citer... bila masuk bulan ramadhan jer mcm2 aneka juadah yg ada salah satunya NASI ULAM

resepi nie resepi dr bonda tersayang.. bonda kalau masak mesti terangkat.. anak2 pun dpt belajar sikit sebanyak... 

tq bonda utk resepi nie..

Jom try buat:

ulam-ulaman 
daun kaduk,daun kunyit,daun limau purut,bunga kantan,daun kesum,serai kayu,daun jambu gajus,daun selasih,daun selasih,daun kari,daun manir,daun sekentut.. kalau peg pasar tani,pasar pagi ada org yg dah siap jual utk buat ulam nasi ulam..semua daun nie racik halus2 atau ikut suka.

bahan lain utk menambah rasa 
kelapa goreng jgn garing,serai,halia,lengkuas,bwg besar,udang kering utk bg sedap
bahan nie semua racik halus gaul kan sekali letak garam secukup rasa.

ikan masin talang jeruk goreng sampai garing n tumbuk halus letak lada hitam

ikan kembung dbakar kering.. perisi pas tu tumbuk mcm serunding ikan tp jgn halus sgt n letak garam secukup rasa.

nasi panas


mmmg perghhhhh kalau dapat makan dgn nasi panas.. lauk lain pun x pandang.. makan nie pun dah cukup..

kalau nama2 daun tu x pasti boleh tanya EN GOOGLE... 😁😜😝

Selamat mencuba kawan2...






Thursday, June 14, 2012

~~Petikan kata2 dr Ustaz Azhar Idrus~~

renung2 kan selamat beramal... ❤

Tuesday, May 22, 2012

Bulan Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan Sunat

Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:

1. Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'

2. Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah

3. Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan

4. Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat sepuas-puasnya.

Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH

Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2,36 dan 37)

"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) mengenai(hukum)berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi(orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)


Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah)

Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"Nabi bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah SAW"Kenapa kamu seksa diri kamu?Lalu sabdaNya"Berpuasalah pada bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan"Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya!Ujar lelaki itu"Berpuasalah dua hari!Sabda Nabi."Tambahlah lagi"Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda"Berpuasalah dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali)sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)


PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

1. Hijrah Pertama Dalam Islam

Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

2. Israk dan Mikraj

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

3. Peperangan Tabuk

Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis

Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5.Lahirnya Imam Syafie RH

Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.


Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.

Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.

Menurut hadis Rasulullah SAWsesiapa yg berpuasa sebulan pada bulan rejab , maka ALLAH SWT menyeru kepadanya " Telah wajib hakmu atas-ku,mintalah olehmu kepada-ku. Demi ketinggian dan kebesaran-ku,tifak akan aku tolak hajatmu. engkau adalah jiran-ku dibawah 'Arasy-ku. Engkau kekasih-ku daripada semua makhluk-ku. Engkau mulia disisi-ku.Berbahagialah kamu tiada hijab diantara Aku dan engkau"





Tuesday, February 7, 2012

Resepi Asam Laksa Penang mai ☺

Assalam... Hari nie dpt update blog lagi..... Emmm dah berapa hari seronok dpt masak..... Babah suka dania pun suka.. Satu family happy bila mama start masak..... πŸ˜ƒ

Hari nie nak kongsi resepi asam laksa ... Resepi nie dpt dr bonda kesayangab sy Puan Julidah wpun Bonda bukan berasal dr penang tp sebab menetap lama diutara sbb tu bonda pun mahir buat laksa... Dan resepi dkongsi bersama mama dania....

Bahan2 utk buat laksa asam :

Bahan utk kuah;
Ikan kembung 3 ekor( big size )
Ikan sardin 3 ekor
- ikan rebus dgn air byk ( air rebusan boleh dguna utk blend isi ikan )
Cili kering kisar3 atau 4 sudu besar ( ikut pedas )
Bawang besar 2 biji( kisar)
Halia sikit ( kisar )
Lengkuas sikit( ketuk )
~ semua bahan kisar skali ~
Daun kesum
Bunga kantan
Asam keping
Belacan
Petis/otak udang

Laksa
- laksa instant yg jual dkedai
- laksa kering ( basuh,rendam n masak sampai kembang)
- laksa buat sediri dgn tepung beras ( leceh sikit tp sedap byk)

Ulam2 laksa
Timun
Bawang
Limau kasturi
Cili api/cili besar
Daun selom
Telur rebus

Cara2 :

Ikan direbus bersama dgn air yg byk( jgnlah byk sgt utk buat kawan nak blend isi ikan nanti sedap sikit. Siang ikan lepas tu blend.. Lepas ikan dah habis blend. Blend pula cili kering,bawang besar,halia,lengkuas dan belacan.Tuang kedalam isi ikan yg dah diblend td dan hidup api masukkan bersama daun kesum,bunga kantan,asam keping,garam n gula secukup rasa. Akhir sekali masukan otak/petia udang.masak sehingga mendidih dan tutup api.

Laksa
- kalau instant basuh dan tuangkan air panas keatas
- kalau kering: rendam dan masak diatas api sehingga kembang dan rendam dlm air suam.
- kalau tepung beras : bancuh tepung beras dan uli mcm donut kemudia masuk dlm acuan maruku dan pusingkan kedalam air yg panas mendidih, kalau dah masak angkat dan rendam dlm air sejuk.

Semua ulam2 laksa dihiris- hiris ikut citarasa masing2.

Sekian terima kasih dan selamat mencuba. Kalau x paham bole pm sy di fb almaklumlah tak tahu sebenarnya nak tulis resepi nie sbb semuanya main campak2 jer πŸ˜ƒ.....

Tuesday, January 24, 2012

The Year of The Dragon 🌟✨✨🌟

Chinese Horoscopes: Dragon

In Chinese Astrology 2012 is the Year of the Dragon. The Year of the Dragon will start on 23 January 2012 and end on 09 February 2013.

The dates for the Chinese Horoscope coincides with the lunar calendar and the Chinese New Year will always fall somewhere between late January and mid-February. As with the Western Zodiac, the Chinese have 12 signs that follow in the same order. However, the Chinese name the actual year after one of twelve animal signs.

These Chinese Astrology signs are the rat, ox, tiger, rabbit, dragon, snake, horse, sheep, monkey, rooster, dog and pig. Similar to western Astrology, every Chinese Birth Sign has a particular character and qualities. People born in a specific year are believed to take on the character and qualities of the animal after which the year is named.

The Dragon is the fifth sign in the Chinese Horoscope and signifies luck.

Chinese Dragon Illustration Poster by davidgn on Zazzle

Happy CHinese New YEar to all my frens.... 😍🌟✨🌟✨

❤❤❤~ Gong Xi Fa Choyy- Ang Pau Na Lai ~ ✨🌟✨🌟✨✨

Thursday, January 5, 2012

Gud bye 2⃣0⃣1⃣1⃣ and Welcome 2⃣0⃣1⃣2⃣

╭⌒╮ ❤ ❤╭⌒╮☀
╭⌒╭⌒╮╭⌒╮~❤
,❤︶︶︶︶ ︶~~
╬ ╱◥███◣❤
╬ ︱η”°︱η”° η”° ︱╬╬╬ 
🌾🌾🌾🌾🌾🌾🌾
2⃣0⃣1⃣2⃣just arrived. May you have a blissful, lovely year. ㊗All the best everybody.Treasure your love ones! ✨πŸ’✨HaPPy New Year!

Saya suka word and pic kat atas nie and telah dihantar oleh my beloved fren mohd noor darwis so nice... Semoga 2012 membuka lembaran baru utk diri kita semua... Rasanya belum terlambat utk wish semua orang selamay tahun baru 2012... Semoga apa yg dihajati dan diberi kesihatan tubuh badan...

I πŸ’—❤ my family so so so so much... πŸ’‹

HAPPY NEW YEAR πŸŽ†πŸŽ‡πŸŽˆπŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸ˜

My Details

My Photo
Nazira Nazri
Dania Sofia luvly mama & wife to my beloved hubby Mohd Zulkarnaen
View my complete profile