topbella

Monday, August 31, 2009

Dania belajar menirap...

video

Kesian Dania penat

Wednesday, August 26, 2009

Follow - Up Dania ...

Hari isnin hari tu, Dania ada appointment kat Hospital Selayang. Bukannya Dania sakit, cuma appointment ni sebagai followup sebab masa Dania lahir dulu dia kena jaundis @ demam kuning. Benda ni kami sedar pun sebab ada jururawat desa datang rumah sebab nak tengok baby. Lepas tu dia tekan kat badan Dania then warna kuning ada. So dia cadangkan kami terus g Hospital Selayang.

Petang tu jugak hubby ngan mama bawak Dania g emergency unit. Lepas doc amik darah, then dia kata Dania kena masuk NICU. Patut la dari hari dia lahir je asyik tido jer. Masa masuk NICU, Dania kena diletakkan dibawah lampu UV supaya bilirubin kot dapat di pecahkan. Mama la kena temankan Dania selama 2 hari satu malam. Lepas tu alhamdullilah Dania sihat dengan sempurna.




Sian Dania kena tutup mata bawah lampu UV




Klinik Pakar Pediatrik Hospital Selayang


Mak Tam escort...




Juadah Berbuka (Part 2)

Menu utama bagi 3 ramadhan adalah nasi minyak. So gambar lauk pauk seperti di bawah...
Ayam percik


Kuzi kambing


Acar timun & sambal bilis kering


Papadom & pau sambal


Nasi minyak



Sunday, August 23, 2009

Juadah berbuka puasa (Part 1)

Hari ni mama dengan babah g Carrefour Kepong sebab nak beli lampin Dania. Sambil - sambil tu beli la jugak barang keperluan rumah, betul la macam media cakap...gula memang susah nak dapat time sekarang. Lepas tu dalam kul 4.00 p.m kitaorang pergi la ke pasar ramadhan TTDI. Niat dhati nak solat asar kat masjid TTDI sbb mcm awal sgt..mesti bazar ramadhan pun tgh nak bukak..so sblm g masjid tu survey dulu tempat mcm mana tempat parking ader ker tak...tp Masyaallah punyalah ramai org...kitaorg ingat tak de org lg...ishhhhkkk..sampaikan kereta kami pun parking atas divider...dasyat jg keta aku nie..ingat 4wheel drive jer yg boleh buat mcm tu...keta kitaorg pun boleh jg...jeng...jeng..jennggg....
Pasal juadah yang dijual kat sana memang la menyelerakan...tambahan pulak bulan puasa. Apa yang menarik perhatian aku adalah Raja Murtabak. Bayangkan nak beli pun kena beratur panjang. Memandangkan tergerak hati nak rasa kesedapan murtabak tu terpaksa jugak mama beratur panjang semata - mata nak beli. Overall rasa dia memang sedap...kalau beratur panjang pun rasa berbaloi jugak. Harga dia pulak...biasa RM 3.00 ....special pulak RM 6.00...Raja murtabak pulak RM 10.00.

Puyuh goreng & daging masak kicap


Ayam percik & sambal telur puyuh

Murtabak & buah melaka

Raja murtabak special


Siap dengan kotak sekali...

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan Al-Mubarak

Esok ( sabtu ) dah start puasa...so mama n babah akan puasa...dania je yang tak puasa.........
nak minum susu...hehehhe...SELAMAT BERPUASA di bulan RAMADHAN AL-MUBARAK...semoga kita semua peroleh pahala dan berkat dari NYA di bulan yg Mulia ini...So bulan2 puasa nie byk dugaannya...sama2 lah kita hadapinya dgn hati yg sabar dan tabah...selamat berpuasa Dania Sofia... ; )
"Selamat Berpuasa,
semoga 1 bulan ini penuh KEIMANAN
30 hari penuh KEINSAFAN
720 jam penuh KEIKHLASAN
43200 minit penuh PENGHARAPAN
2592000 saat penuh KEGEMBIRAAN
Salam RAMADHAN AL-MUBARAK"

Wednesday, August 19, 2009

Food Poisoning

Emmm...last friday mama sakit perut sgt...ingatkan gastrik..ader ler nie makan yg tak pantang...alih2 petang mama cirit-birit so mama ingat sakit perut biasa jerr...so mama ignore jerlah...tp ishhhh asyik berulang toilet jer nie...rasa dah lembik badan rasanya...so mama balik on time 4.45 p.m pasai tak tahan sakit perut...sampai kat umah terus makan ubat gastrik...pas tu tido kejap ingatkan hilang sakitnya tp makin teruk plak...dah tu muntah2 n cirit-birit...dania pun mama pas kat wan utk djaga..tak larat sgt...
esoknya tak jg ok mama g ler clinic...so doc bg ubat dia ckp maybe food poisoning...mama pun balik...tp perut still sakit...lembik jg bdan nie..makan aper pun x lalu...berlanjutan sampai ari ahad x mahu jg hilang...hari isnin dah nak keja...tp namapaknya mama MC on monday..jumpa doc balik dia ckp nak recover dr food poisoning nie mmg amik masa skit, pasai x tahan letih tak bermaya so satu hari mama tido jerr...adoiiii sakitnya perut ku ini...nie 1st time mama kena food poisoning yg agak teruk....
zzzzzzzzzzz..........zzzzzzzzzzzzzzzzzz...........

Wednesday, August 12, 2009

Kelebihan Surah (Part 2)

4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut-turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta,nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak) Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi) Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan) Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan) Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

Bubba Gump Shrimp & Co.

Last monday mama n babah plan nak buka puasa kat umah jer....tapi kebetulan org MPH bookstore The Curve col sebab nak bagi tau buku yang mama order tu dah ada stok. Dah saje jer jalan2 kat situ...memandangkan masa nak berbuka lama lg...peg tesco kejap beli roti utk puasa esoknya...dah tu jalan2 lah kat The Street saja cuci mata tgk tempat makan dia....emmm..tgk ramai org makan kat Bubba Gump Shrimp & Co. aper yg best sgt...then babah ckp nak try ker???emmm mama sengeh jerlahh...mama ckp bulih jg..kalau org belanja...hehehehehe...so babah n mama pun try lerr food dia..emmmm not bad...nice n kenyang....burppp!!burpp!! Alhamdulillah...merasa jg mama makan kat situ...actually specialty dia kat sini shrimp..so bg sesaper yg nak try..try ler shrimp dia...nengok org makan mcm best jer...hehehhe..next time yerr babah...paper pun thanks babah coz belanja mama berbuka puasa....


Deco yang agak nostalgia


Tag merah untuk waiter datang, biru untuk lalu jer...


Onion Ring


BBQ Chicken Salad




Southern Mama Fried Chicken


emmmm...amacam best tak????? : )




Dania makan...

Genap 4 bulan umur Dania, atas nasihat doc, Dania diberi bijirin beras. Tapi dengan kadar yang cair dan sekali sehari jer. Pada mula - mula makan Dania cukup berselera...ye la first makanan pejal dia sejak lahir. Mama tengok Dania makanapi bukan sudu cari dia tapi dia yang cari sudu nak makan.
Dania's 1st solid food
Pada masa yang sama jugak Dania demam. So tengok je la dia kat bawah............

Medicine time...


Muka lepas makan ubat


Lepas makan ubat terus lentok...

Sunday, August 9, 2009

Waroeng Penyet

Ayam penyek

Empal

Gado - gado

Mama still ada beberapa ari lg nak ganti puasa...insyaallah mama akan try sebanyak yg mungkin...if tak sempat jugak tak per babah kata kita bayar fidyah mana yg x sempat..nanti ganti balik..sikit jer lg...disbbkan mama ganti puasa babah pun join mama temankan puasa...tu yg best tu ader org temankan..luv u babah...ari nie..saja jalan kat The Curve asalnya nak ajak babah buka puasa kat Kenny Rogers and in the same time nak cr roti utk bersahur esoknya...( Khamis ). pusing punya pusing babah ckp kita makan kat tempat lain lahh...akhirnya tempat yg dipilih utk berbuka puasa dekat Waroeng Penyet ( Indonesian Food ).Oklah food dia..tp bagi2 yg tak tahan pedas mmg tak boleh makan especially sambal dia..marvelous!!!! .
Dah abis berbuka...singgah jap kat MPH bookstore cr buku...kebetulan lalu..ader plak org pesan tlg cr kan buku nie...dia ckp buku nie susah nak cr...emmm mmg betul buku tu dah abis..so tak pelah...dah alang2 tu terus booked jer buku tu bila dah sampai nanti suh jer org MPH call kata buku dah ready....emmm tak tahulah aper yg best sgt buku tu...Tajuknya " MANDATORI" by RAMLEE AWANG MURSYEED.

Wednesday, August 5, 2009

Lawak (Part 2)

Adik

Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....

Nurse

Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat.
Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.


Juruterbang Bodoh

Pesawat Air Lines sedang mengalami gangguan enjin di udara. "May day,may day,may day...!!",terdengar juruterbang siarkan S.O.S melalui radio.

"Pesanan anda didengar jelas,"kata petugas dek menara pengawas,"Harap beritahu tinggi dan posisi anda segera..!!"

"Ya,baik,"jawab juruterbang itu,"Saya tinggi 1.8 cm dan saya duduk di kerusi yang paling depan!"
Dua Ekor Anjing

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina cukup. Anjing A training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada anjing A, sempat makan lagi. Anjing A pun tak puas hati, tapi anjing B kata,

"Rileks la, aku ni kan anjing laut."

Mr Brown

Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.

Penelefon : Hello, boleh saya bercakap dengan Mr. Brown?

Penerima : Oh, ini Mr. Black.

Penelefon :Oops Sorry, wrong color!


Markah Matematik

Seorang murid darjah satu pulang dengan gembira setelah dia berjaya mendapat 10 markah pada ujian matematik.

Anak : " Mak! Saya mendapat 10 markah pada ujian matematik dan kata guru hanya saya saja yang mendapat 10 markah!"

Emak : " Pintar anak mak. Murid yang lain dapat markah berapa"??

Anak : " Kata guru yang lain mendapat 100 markah".

Monday, August 3, 2009

Mama babah timeoff..

Weekend lepas sempat la jugak babah ngan mama dapat timeoff dari jaga Dania. Nasib baik Wan ngan aki dia jaga Dania sementara kitaorang g Taman Metropolitan Kepong untuk jogging. Kitaorang jog ada la dalam 5 km merangkumi 1 pusingan kat sana.
kasut joging yg baru 2 kali pakai



pemandangan sekitar Tmn Metropolitan

Sunday, August 2, 2009

Dania's checkup...

Sabtu lepas Dania kena pegi balik hospital untuk appointment ubat rotavirus. Nak ikutkan minggu lepas lagi Dania kena makan ubat ni tapi memandangkan Dania tak berapa sihat, doc nasihatkan Dania makan ubat tu bila baik demam. Nasib baik la Dania tak luah balik ubat tu sebab kalau dia luah balik ubat tu bankrap la babah ngan mama sebab kena makan ubat tu balik. Satu dos ubat tu harga dia kalau tak silap RM150. Dania pun mungkin tengah lapar, so semua yang masuk mulut dia semua dia telan termasuk ubat tadi. Doc pun kata Dania senang nak bagi makan ubat ngan nak bagi injection sebab tak banyak songeh (for time being). Nampak gayanya Dania ni dah jadi favourite patient doc Sheila.
Sian Dania kena makan ubat...

Nak dijadikan cerita, masa aku tengah menunggu giliran, ada la dua orang aunty ni. Sorang chinese dan sorang lagi indian. Both of them mungkin temankan anak n cucu diorang untuk jumpa doc. Berikut adalah dialog aku dengan aunty chinese ni :

Aunty : How old is your baby?

Aku : 4 month…

Aunty : Ooo…quite chubby …your baby look bigger than that boy…(sambil merujuk kepada budak lelaki yang berumur 4 bulan jugak yang duduk kat sebelah dia)

Aku : Oic..(sambil tersengih)

Aunty : Are u Malaysian…???

Aku : Yess…why…??? (heran pulak aku..)

Aunty : Your baby nose and eye are very beautiful. Malaysian children rarely looks like your kid.

Aku : Thank u…

Dania dah boleh menirap

Tony Roma's

Tony Roma's menu

Nie 1st time aku try makan kat Tony Roma’s try an error lah katakan…sbb x penah lagi ader org citer makan kat tempat nie…tp paper pun kitaorg surverlah juga boleh makan ker tak…ala..ala CHILI’s…so kitaorg pun tgk ler menu dia…cr ler aper yg menarik yg boleh ditry…ckp dgn my hubby kita try makan yg simple jer lah…bukan aper mak kat umah dah mcm best jer….kebetulan peg The Curve nak cari Dania punya headband…tak jumpa headband tp jumpa benda lain….so kitorg pun belek-belek ler menunya…


Complimentary from Tony Roma's

1st menu kitorg order : Tony’s Sampler…tapi sebelum menu stater sampai sebagai complimentary kitaorg hidangkan dgn fresh bread n butter ( herb I think ) a trio of appetizers - Red Hot Buffalo Wings, Spinach Dip and Onion Loaf matched with Bleu cheese dressing, salsa, sour cream and BBQ dipping sauce.



Tony's Sampler
2nd menu Fresh chopped Asian greens tossed in Pan Asian dressing with diced red peppers, cilantro, sesame seeds and Grilled Chicken Breast.

Tony's Asian Salad

Overall, ok la. Kalau next time kitaorang boleh suggest sesiapa datang makan kat sini. Dari 5 bintang aku bagi 4 bintang sebab some of the menu bagi aku agak masin sikit but most of them is still delicious.

My Details

My Photo
Nazira Nazri
Dania Sofia luvly mama & wife to my beloved hubby Mohd Zulkarnaen
View my complete profile