topbella

Sunday, July 12, 2009

Hujung Minggu Dania

Dania, mama & bear

Hujung minggu lepas aku balik umah mertua hari Jumaat. Dapat la aku spend masa dalam 3 hari 2 malam kat umah in-law. Pada masa yang sama jugak Dania dijaga hampir 100% oleh aku kalau kat umah mertua sebab kalau kat umah mak aku, ramai yang akan tolong jaga Dania (mak aku, abah aku dan adik2 aku). Dapat la aku spend masa lebih dengan Dania.

Kebetulan hari Jumaat ada tetamu kat umah mertua aku. Tetamu tu adalah kakak bapak mertua aku. Dia ni sedang dalam treatment kat hospital kat sini. So selalu la berulang alik dari Penang. Sepanjang dia menjalani treatment kat KL, dia dah mengkuti perkembangan Dania sejak Dania dalam perut sampai Dania lahir. So taksahla kalau datang KL kalau tak jumpa Dania. Kebiasaan sebelum dia balik, mesti Dania dapat duit raya advance J. Kalau aku kira ada la 4 kali Dania dapat duit raya advance termasuk masa Dania dalam perut lagi (7 sebelum keluar).

Esoknya (Sabtu) lepas my hubby hant ar dia ke stesen bas Jln Duta, babah ngan mama bawak Dania jalan2, banyak tempat yang nak dituju. At last kitaorang pegi Aeon AU2 kat keramat je. Memandangkan stroller Dania kitaorang tak bawak sebab penuh but kereta, sampai2 jer kitaorang terus tuju information counter sebab nak sewa stroller baby (itu pun kalau ada….). Nasib kami agak baik sebab stroller tu masih ada sebab kami g sana agak awal jugak. Sebenarnya tujuan kami ke shopping mall nak beli baju keperluan Dania. Masa kami tolak Dania risau jugak sebab takut Dania tak suka duduk kat stroller pinjam. Tapi nampak gayanya Dania suka duduk kat stroller tu. Siap tido lagi.

Dania landing atas stroller mall

Lepas siap beli baju Dania, kitaorang pegi makan kat Wendy’s. On the way nak pulangkan stroller, Dania macam tak senang duduk. Rupa2 nya Dania ‘melepas’. So nasib baik tempat tukat lampin kat situ selesa. Dapat la aku tukar lampin Dania dengan selesa. Bila semua dah settle kitorang pun berangkat balik.
Baby room AEON AU2

0 comments:

Lilypie Third Birthday tickers

My Details

My Photo
Nazira Nazri
Dania Sofia luvly mama & wife to my beloved hubby Mohd Zulkarnaen
View my complete profile